Powered By Blogger

2013/07/23

Pencuri - Mark Adam




Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita

Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu

Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa

Kan kukembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati

Chorus:

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan ku sukamu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari Darjah Satu
Darjah Satu
Dari Darjah Satu
Aku suka kamu


p/s: lagu yg buat aku senyum sampai telinga.. ;) 

2013/07/21

Space Seeds for Asian Future (SSAF2013)



If you are a student or a researcher in the field of Biology, Agriculture, or Astronomy, then this session is definately for you! Dr. Fenny and Dr. Madom uses KIBO to conduct outer space research in the field of Biology and Agriculture. What are the results? How did they do it, and why? Ask them directly! Find out how you can do it too!

If you are not someone closely related with Biology, Agriculture, or Astronomy, then we welcome you to join with us because this event is OPEN and FREE! you can participate as an institution or as an individual.
- See more at: http://www.connect-asia.org/ca-event/125-ssaf-2013#sthash.PeoVIH4E.dpuf

Pungguk rindukan bulan...


Subahanallah cantek nya cik Bulan... selalu rasa excited bila nampak cik Bulan nie... :) Kalau uolss nak tahu  gambar nie diambil oleh pihak ONL (ANGKASA). Masa diorg ambik gambar nie, cik Bulan dalam fasa Waxing Gibbous dan berusia 12 hari! menarik bukan.. kalau korunk nk belajar pasal cik Bulan nie jom daftar kt Portal Pendidikan Sanis Angkasa.:) selamat membaca! miss u cik Bulan! muaaxxxxx :p

Program Angkasawan Negara???





Korunk tahu tak pasal Program Angkasawan Negara? Korunk rasa perlu tak Govt Malaysia teruskan program nie? maksudnya kita hantar seorang lagi angkasawan kite ke ISS? Jom tolong ANGKASA buat survey dengan bagi pandangan dan pendapat korunk kt http://www.angkasa.gov.my/?q=node/657

Thank you u'ollsss.. ;)

EmiEmot

2011/06/13

Ujibakat rancangan SOLEHAH-TV ALHIJRAH

 
Satu sesi uji bakat pencarian peserta realiti televisyen pertama TV AlHijrah, SOLEHAH akan diadakan pada Sabtu dan Ahad, 18 & 19hb Jun 2011. Ujibakat pertama ini akan diadakan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Merujuk kembali kepada sidang akhbar pengumuman program SOLEHAH ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir B, Hj. Baharom dirakamkan berkata,“SOLEHAH merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.”

Jika dilihat kepada kecenderungan penerbitan program realiti televisyen pada waktu ini, bilangan program realiti berkisar tentang wanita dan agama agak kecil jumlahnya berbanding program realiti sedia ada. Kewujudan SOLEHAH dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.
Pada setiap sesi uji bakat yang bakal dijalankan, keupayaan peserta akan diukur melalui beberapa aspek. Antara ujian saringan yang bakal ditempuh adalah seperti ujian penguasaan ilmu agama, ujian penguasaan bahasa, ujian bakat serta kebolehan, ujian kepimpinan dan kekeluargaan dan tidak lupa juga penilaian aspek penampilan diri. Ini bertujuan untuk menyenarai pendek 10 peserta terbaik yang akan terpilih sebagai peserta.

Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;
  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;
Tarikh    :     18 dan 19 Jun 2011
Tempat :      Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, 
                      Jalan Perdana, Kuala Lumpur
                      (Bersebelahan Masjid Negara)

Masa      :     10 pagi – 6 petang

* Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com