2011/06/13

Ujibakat rancangan SOLEHAH-TV ALHIJRAH

 
Satu sesi uji bakat pencarian peserta realiti televisyen pertama TV AlHijrah, SOLEHAH akan diadakan pada Sabtu dan Ahad, 18 & 19hb Jun 2011. Ujibakat pertama ini akan diadakan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Merujuk kembali kepada sidang akhbar pengumuman program SOLEHAH ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir B, Hj. Baharom dirakamkan berkata,“SOLEHAH merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.”

Jika dilihat kepada kecenderungan penerbitan program realiti televisyen pada waktu ini, bilangan program realiti berkisar tentang wanita dan agama agak kecil jumlahnya berbanding program realiti sedia ada. Kewujudan SOLEHAH dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.
Pada setiap sesi uji bakat yang bakal dijalankan, keupayaan peserta akan diukur melalui beberapa aspek. Antara ujian saringan yang bakal ditempuh adalah seperti ujian penguasaan ilmu agama, ujian penguasaan bahasa, ujian bakat serta kebolehan, ujian kepimpinan dan kekeluargaan dan tidak lupa juga penilaian aspek penampilan diri. Ini bertujuan untuk menyenarai pendek 10 peserta terbaik yang akan terpilih sebagai peserta.

Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;
  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;
Tarikh    :     18 dan 19 Jun 2011
Tempat :      Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, 
                      Jalan Perdana, Kuala Lumpur
                      (Bersebelahan Masjid Negara)

Masa      :     10 pagi – 6 petang

* Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.

Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com

No comments:

Post a Comment