Powered By Blogger

2010/09/22

dia pergi jua...

salam...

hari jumaat lepas, kami sekeluarga kehilangan seorg sepupu yang paling havoc dalam keluarga kami.iaitu Pn Robitah @ Kak Tah Zainuddin.

Untuk pengetahuan anda semua, dalam menanggung kesakitan selama 16 tahun tu, Kak Tah sangat aktiviti dalam mempertingkatkan ekonomi org kampung. Homestay, projek ternakan ayam, ladang jambu.. hurmmm mmg wanita besi lah, ckp je nama kak tah insyallah satu kampung kenal... heheheh... 

Antara pengalaman terakhir aku dan arwah adalah sehari sebelum dia 'pergi'. Setelah setahun x bertemu dgn beliau, aku pegi jugak melawat awal pagi khamis (16/9/2010) yg lepas selepas menerima sms dr sepupuku. terkejut bukan kepalang bila tgk dia sangat2 kurus... sebak jugak bila bersalam mencium tangan beliau. Bila aku perkenalkan diri, dgn tak semena-mena dia senyum... senyum besar walaupun dalam kesakitan.. sebak dan rasa menyesal bila terkenangkan dah lama benar aku tak melawat dia... tiba-tiba dia kata dia seronok.. (walaupun dalam pertuturan yang tak berapa difahami) sebab aku balik jumpa dia.. dalam hati mmg sedih.. mak, kak long, mak lang semua dah menangis kt belakang aku di luar kelambu...(utk pengetahuan kalambu terpaksa dipasang mengelakkan lalat/nyamuk yang bayak.. maklum lah rumah kampung...) aku cepat2 keluar... tak sanggup rasanya duduk situ lama2.. kak tah pun tak suka org menangis masa melawat dia... sigh...

petang khamis tersebut, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, aku jumpa kak tah utk kali terakhir... tangan ku hulur dah tak boleh di sambut... dia dah kaku... dh tak boleh bergerak.. cuma suara je kadang2 berbunyi menanggung kesakitan... tak sanggup aku tgk dia mcm tu... kak tah yang aku kenal dulu cukup kuat melawan penyakit, tak pernah mengalah... walau sakit macam mana pun dia tetap berlagak mcm tak ada apa2 yang berlaku... badan yang sehat, bertubuh cuma tinggal kulit dan tulang sahaja...  x dapat aku bayangkan dia akan jadi macam tu...  usai bersalam dgn dia, aku gagahkan juga utk pulang ke KL.. jika tidak disebabkan ada appointment dgn en doktor mmg harus aku duduk di kampung sehingga hari ahad.. tapi apakan daya... ada urusan yang memerlukan aku berjumpa dgn doktor pd hari isnin berikutan nya...

pada hari jumaat, dalam menyelesaikan tugas hari terakhir di pejabat, aku menerima sms daripada mak mengatakan Kak Tah telah meninggalkan kami pada pukul 10.30 pagi.. hurmmm... ralat juga rasanya x ada bersama beliau pada saat2 terakhir beliau... tapi aku redha... 16 tahun dia bertarung nyawa... mungkin sudah sampai masanya beliau pergi.. setelah selesai appt ku dgn en doktor... aku terus balik ke kampung dan alhamdulillah.. aku sempat sampai semasa mayat sedang dikafan... dan bersyukur aku diberi peluang untuk mengucup arwah buat kali terakhir... aku dan saudara mara juga turut serta di dalam majlis pengebumian Kak Tah... dan mengucapkan selamat jalan kepada arwah... aku doakan semoga roh Kak Tah aman, tenang dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beiman... 

al-fatihah kepada beliau...

we'll be missed u dearest cousin...

asmidar zainol

No comments:

Post a Comment